Thursday 29 May 2014

KOS PERUBATAN SWASTA MENINGKAT SEHINGGA 18%

Bulan Mac lalu, sebuah portal berita laman web telah melaporkan bahawa pindaan terhadap Jadual 13 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 telah dilaksanakan secara senyap-senyap. Beberapa hari kemudiannya, Menteri Kesihatan, S. Subramaniam mengumumkan dalam sidang media bahawa sebanyak 14% ke 18 % kenaikkan kos perubatan swasta telah dilak- sanakan oleh kementerian tersebut.

Walaupun Subramaniam berkata bahawa peningkatan dihadkan pada 18%, namun jadual perubatan menunjukkan kenaikan lebih 200% daripada had bayaran minimum yang ditetapkan. Sebagai contoh, yuran perundingan telah meningkat dari RM10-RM35 kepada kadar baru, iaitu RM30- RM125. Yuran perubatan yang merangkumi perkhidmatan lain adalah dalam lingkungan 14% - 30%.


Menurut S. Subramaniam, peningkatan ini adalah sejajar dengan peningkatan inflasi negara iaitu sebanyak 23% dan mereka telah menolak permintaan Persatuan Perubatan Malaysia bagi kenaikan sebanyak 30%. Pengumuman yang langsung tidak logik daripada kementerian kesihatan apabila kenaikkan harga perubatan diselaraskan dengan pen-
ingkatan inflasi.

Peningkatan inflasi akan menindas golongan berpendapatan rendah dengan peningkatan harga barang. Dengan peningkatan kos perubatan swasta, bebanan rakyat akan semakin bertambah. Kekurangan pusat perubatan kerajaan telah memaksa sebilangan besar rakyat beralih ke klinik- klinik swasta yang sudah mula melaksanakan kadar bayaran mengikut jadual terkini. Subramaniam yang dibenci oleh pekerja semasa beliau memegang jawatan Menteri Sumber Manusia sebelum ini, juga telah mengumumkan pemotongan subsidi kerajaan bagi pekerja asing di hospital kerajaan. Pekerja-pekerja asing yang berada pada tahap ekonomi yang lebih teruk daripada rakyat Malaysia telah hilang punca perubatan yang munasabah dan dengan kenaikan kos perubatan swasta ini akan merumitkan keadaan mereka.

Semakin ramai rakyat tempatan dan warga asing terpaksa memilih, sama ada tidak mengambil nasihat perubatan ataupun mesti berjalan jauh ke pusat perubatan kerajaan yang lebih murah sedikit. Hal ini akan menambah bilangan pesakit yang tidak mendapat rawatan yang sewajarnya. Bagi yang tidak mendapatkan sebarang nasihat doktor, ini akan memudahkan penyebaran penyakit dan menambahkan jumlah pesakit yang pada akan membanjiri hospital kera- jaan. Dengan kekurangan kemudahan di hospital kerajaan, pekerja di sana pula menghadapi masalah tekanan kerja dan terpaksa menghadapi rungutan dari para pesakit. Keadaan ini sedang memburukkan perkhidmatan kesihatan negara.

Kebajikan negara dalam hal-hal seperti pendidikan, keselamatan dan perubatan tidak patut dijual beli seperti komoditi. Ia perlu dianggap sebagai salah satu keperluan asas rakyat dan kerajaan perlu bertanggungjawab dalam menangani masalah-masalah tersebut.

Kerajaan kapitalis yang menggunakan kenaikan inflasi bagi mewajarkan kenaikan kos perubatan adalah sebuah kerajaan yang tidak prihatin ke atas keperluan rakyat biasa. Mereka dibutai oleh agenda kapitalis multinasional yang dipergunakan untuk memperkayakan diri sendiri dan kro- ni-kroni.

Perhubungan sulit mereka dengan para pemodal dan majikan yang kaya raya sedang mengeksploitasi rakyat biasa bagi keuntungan maksima. Fokus kerajaan yang mengurangkan pembinaan hospital kerajaan dan memperbanyakkan hospital swasta adalah tanda penyelewengan wakil rakyat kerajaan yang melihat pada keuntungan besar bagi mereka sendiri.


Rakyat Malaysia perlu bergabung tenaga dengan pekerja perubatan kerajaan dan swasta untuk melancarkan serang balas ke atas asakan pemerintah. Kelas pekerja kesihatan perlu berganding bahu sesama mereka bagi memberikan tentangan yang jelas terhadap keputusan yang tidak berpihak kepada kebajikan rakyat Malaysia.

No comments: