Sunday 20 November 2011

APA PERBEZAAN BELANJAWAN BN DAN PAKATAN?

ANAK MUDA DAN KELAS PEKERJA PERLU MEMBINA ALTERNATIF KEPADA POLITIK PRO-KAPITALISME

Hampir setiap hari akbar tempatan mahupun antarabangsa berkisar tentang ekonomi global yang semakin hari semakin tenat. Terbukti juga bahawa teori Marx tentang ekonomi dan kapitalisme masih releven untuk memahami mengapa krisis tersebut yang bermula pada 2008 masih tidak mendapat penyelesaian.  Malah runtuhnya tembok Berlin pada tahun 1989 tidak bererti Marxisme turut jatuh menyembah bumi sekali walaupun diuar-uarkan ideologinya  tidak relevan lagi. Yang jatuhnya hanyalah pemerintahan kukubesi birokrasi Stalinisme yang telah menghancurkan demokrasi pekerja dan rakyat biasa yang amat diperlukan untuk pembinaan ekonomi terancang sosialisme untuk mengorganisasi keperluan masyarakat. Malahan rakyat biasa di negara-negara di bawah Stalinisme atau Maoisme tersebut yang telah kembali ke tampuk kapitalisme selepas kejatuhan rejim-rejim di negara mereka, sekarang menghadapi eksploitasi yang lebih ganas akibat krisis di dalam sistem kapitalisme itu sendiri.